Tuesday 26 February 2013

What is supercomputer


Superkomputer secara tradisinya, lebih pantas daripada komputer biasa. Superkomputer biasanya dikhususkan untuk proses perkomputeran tertentu, seperti pengiraan nombor. Ia agak lemah dalam proses pengkomputeran yang biasa. Hirarki Memori Superkomputer direkabentuk dengan amat teliti agar pemproses menerima data dan arahan setiap masa. 

Sebenarnya, perbezaan kuasa antara komputer biasa dengan Superkomputer adalah disebabkan rekabentuk hirarki memori dan komponen dalamannya. Sistem IOnya direkabentuk khas untuk menyokong lebar jalur (bandwidth) yang tinggi, dengan isu latensi yang sedikit ini kerana Superkomputer tidak digunakan untuk proses transaksi. 

Seperti dengan Sistem Selari lain, Hukum Amdahl juga diaplikasikan, dan rekabentuk Superkomputer berusaha untuk menghapuskan jujukan perisian, dan menggunakan perkakasan untuk meningkatkan kelajuan pada bottleneck yang ada.

Kepantasan sebuah Superkomputer diukur dalam unit FLOPS (Operasi titik terapung sesaat; Floating Point Operations per second), pengukuran ini mengabaikan bebanan komunikasi(communication overheads), dan mengandaikan semua pemproses bagi mesin dibekalkan data, dan bekerja pada kelajuan maksima. 

Prestasinya adalah 5 kali berbanding Superkomputer terpantas sebelum ini, iaitu kluster komputer ASCI White, di Lawrence Livermore National Laboratory. Superkomputer kepunyaan Kerajaan Amerika Syarikat ini bertujuan untuk mengganti pengujian Nuklear dengan simulasi.

No comments:

Post a Comment