Tuesday 26 February 2013

Tips Untuk " Defacement "


Apa Yang Wajib Dilakukan Sebelum Menggodam?

Anda patut tahu, jika anda ingin menggodam laman web yang berkepentingan, apa yang paling penting sekali ialah anonymity. Anda perlu menyembunyikan alamat IP asal anda sebelum melakukan apa-apa yang berkaitan dengan penggodaman. Terdapat pelbagai cara untuk menyembunyikan IP seperti menggunakan proksi, SSH Tunneling, dan juga VPN.

Apakah Kaedah Yang Biasa Digunakan Untuk Menggodam Laman Web?

Untuk soalan ini, anda boleh merujuk kepada entri Kaedah Umum Untuk Menggodam Laman Web.

Apa Yang Perlu Saya Belajar?

Apa yang penting ialah anda perlu tahu apa yang perlu anda buat, contohnya pengekodan dan pengenalpastian masalah serta menyelesaikan masalah tersebut. Antara yang anda boleh belajar ialah HTML, PHP, Javascript, C, C++, python dan lain-lain bahasa pengaturcaraan. Ini bagi memastikan anda tahu apa yang berlaku disebalik tabir penggodaman.

Apa Yang Perlu Saya Tahu?

Anda patut tahu, bahawa anda wajib untuk menjadi penggodam yang tidak dapat dikesan. Mungkin kedengaran mustahil, tetapi langkah berjaga-jaga adalah lebih baik dari merana setelah tertangkap. Contoh langkah-langkah yang anda boleh ikuti ialah:

1. Setelah berjaya menggodam sesebuah laman, pastikan anda padam log yang terhasil di panel untuk memastikan alamat IP anda (biarpun palsu) tidak direkodkan disitu.

2. Padamkan jejak pelayar anda seperti Cookies, log masuk dan keluar dan sebagainya.

3. Jika anda benar-benar mahu membantu, tidak perlu melakukan defacement sebaliknya maklumkan sahaja kepada Admin akan vulnerability laman web beliau. Kan lebih senang begitu?

No comments:

Post a Comment