Tuesday 26 February 2013

Benefits of Linux


1. Bebas Virus: Ok.. Melihat kepada fakta, Linux bukanlah imun kepada virus 100%. Ingat tu! Cuma setakat ini masih belum ada lagi virus yang dapat menapak dan menyebar dengan kukuh. Mr.Hac ada melihat video dari Youtube yang menunjukkan beliau terkena jangkitan virus dari sebuah laman web. Tetapi eksploitasi yang ditunjuk menunjukkan beliau agak cuai dalam mengendalikan setiap laman web yang dilawati. Fakta: Keylogger bukan virus! Sebelum anda berkata apa-apa yang mampu membuat darah manis Mr.Hac tersirap, lebih baik pergi baca di Wikipedia dahulu tentang keylogger! Ya. Keylogger mampu menyelinap ke dalam Linux. Namun anda perlu ingat, keylogger untuk Linux yang paling hebat pun masih tidak menyeluruh dan tidak 'semenggah' seperti keylogger untuk Windows. Contohnya logkeys. Tambahan, anda perlu tahu, Linux adalah sistem operasi sumber terbuka, dan ini bermakna sesiapa sahaja boleh melihat kepada kod sumbernya. Jika hari ini eksploitasi atau virus dilepaskan, InsyaAllah esok lusa tampalan (patch) sudah siap dibuat. Apa yang anda perlu buat ialah kemaskini sistem operasi anda setiap hari.

2. 100% Percuma: Ada yang berkata sesuatu yang percuma itu tidak bagus. Namun bagi kes Linux, percuma adalah sesuatu yang hebat! Lagipun, siapa yang tak suka benda percuma kan??

3. Pemacu Terbina Dalam: Kebiasaannya jika anda memasang semula Windows, anda perlukan masa untuk mencari pemacu. Apa? Gunakan Driver Pack Solution? Untuk Linux tak perlu semua tu. InsyaAllah, hampir kesemua pemacu sudah terbina dalam kernel. Tinggal plug and play sahaja! Yes 4G tak dikesan oleh Linux? Gunakan pemasang dari fikri.my ini!

4. Tak Perlu Antivirus: Disebabkan ia menghampiri kepada kesempurnaan bebas virus, maka biasanya antivirus itu tidak perlu. Tiadalah pula salahnya jika anda tetap mahu memasangnya! Lagi pula terdapat beberapa antivirus percuma untuk Linux. Tetapi bagi Mr.Hac, tak payahlah!

5. Tiada lagi Blue Screen of Death Doom!: Maaf cakap, tapi melainkan anda benar-benar noob, masalah ini memang tak akan berlaku. Linux adalah sangat stabil. Memang tiada sesuatu yang benar-benar sempurna di dunia ini. Tetapi hakikatnya anda tidak perlu mulai semula komputer anda apabila sistem anda crash, atau mengalami 'kekejangan misteri' seperti Windows.

No comments:

Post a Comment